Tuesday, August 9, 2016

Soal jawab season pass

📢 *ANTARA SOALAN BERKAITAN SEASON PASS (SP) YANG BANYAK DITANYA, ADALAH SEPERTI BERIKUT:*
✅ Kalau saya Langgan SEASON PASS 8gb, Kalau saya guna tak habis bulan tu. Bulan depan dia Carry Forwad ke?
✅ Kalau saya dah Langgan SEASON PASS, kenapa saya nak kena Langgan Data Biasa Lagi?
✅ Kalau saya dah Langgan SEASON PASS, masa saya Langgan Data Biasa tu , Kredit kena Potong lagi ke?
✅ Kalau saya share SEASON PASS dengan orang lain. Orang yang terima SEASON PASS tu terus boleh guna Internet ke?
✅ Kalau kita dah Langgan Data daripada Pakej Promosi @ daripada Pakej Biasa, Boleh ke kita nak Langgan SEASON PASS?
Untuk lebih mudah untuk memahami , CARA UNTUK MENGGUNAKAN DATA SEASSON PASS ini. Saya berikan contoh berikut dalam bentuk ANALOGI (PER-UMPAMAAN) supaya anda semua lebih mudah paham & cepat paham hendaknya ☺ *Hehehe*
▪(kita ambil contoh Pakej *SEASON PASS D1: RM109.90 8Gb + Percuma 50Minit Masa Berbual*)
🔴 *ANALOGI MUDAH UNTUK PAHAM DATA SEASON PASS*
▪ _DATA SEASON PASS_ = *BERAS*
▪ _INTERNET yg di AKTIFKAN_ = *NASI*
Apabila kita membeli _DATA SEASSON PASS_, umpama seperti kita membeli sekampit *BERAS* (andaikan 8kilo)
Setelah kita membeli *BERAS*, adakah kita boleh terus memakan BERAS tersebut? Sudah pasti jawapan nya TIDAK.
Kita perlu memasak terlebih dahulu BERAS tersebut , supaya ianya menjadi *NASI* yang boleh untuk kita makan.
Begitu jugalah apabila kita Melanggan _DATA SEASON PASS_. Sebaik kita Melanggan SEASON PASS kita masih belom punya Internet lagi. Kerana *DATA* daripada *KUOTA SEASON PASS* yang kita telah Langgan tersebut , kita masih belom aktifkan lagi.
🔴 *BEZA VALIDITY SEASON PASS & INTERNET YG TELAH DIAKTIFKAN*
Dan daripada *8kilo BERAS* tersebut. Kita punya KEBEBASAN untuk memasak berapa gram/kilo dahulu beras itu mengikut suka hati kita.
Kita Boleh pilih nk ambil 350gram dulu ke. 500gram ke atau 1kilo terus untuk kita masak menjadi NASI sebagai santapan untuk kita makan :)
TAPI HARUS DI INGAT, setelah kita memasak *BERAS* tersebut menjadi *NASI*.
Tempoh untuk kita boleh menyimpan NASI yang telah kita masak adalah berbeza dengan BERAS yang belom kita masak.
*BERAS* = _KITA BOLEH SIMPAN LAMA_
*NASI* = _JANGKA MASA SIMPAN LEBIH PENDEK_
*DATA SEASON PASS* = Kita Boleh Simpan sehingga tarikh VALIDITY SIMKAD ONEXOX Kita
*DATA INTERNET* (NASI) yang telah kita aktifkan drp KUOTA DATA SEASON PASS * = akan TAMAT mengikut PAKEJ Data yang kita telah aktifkan* (harian ke, mingguan ke atau pun bulanan)
Oleh itu , kalau rasa makan nasi sepinggan tak habis. Makan lah separuh pinggan dulu. Kalau habis baru tambah lagi :) Adapun tak habis kita makan separuh pinggan. Tidaklah serugi kita makan tak habis 1pinggan. Membazir kan amalan setan. kahkahhh
🔴 *KREDIT KENA POTONG LAGI KE?*
Apabila kita membeli sekampit BERAS (8kilo) dikedai atau di mana mana pasaraya, kita akan membayar pada masa, mula mula beli itu sahaja.
Apabila kita balik rumah, dan ingin makan NASI. Kita ambil 500gram (contoh) daripada 8kilo BERAS yang kita beli tadi. Dan kita pun masak untuk menjadi *NASI*. Pada ketika itu, kita sudah *tidak membayar lagi kepada kedai yang tempat kita beli BERAS tadi*.
Begitu jugalah Hal nya apabila kita melanggan *DATA SEASON PASS*.
Kita Hanya membayar RM109.90 pada mula mula kita melanggan sahaja.
Untuk mengaktifkan samada 500mb ke, 1gb ke. Kita sudah tidak perlu membayar @ dengan kata lain. Kredit dah tak kena Potong lagi (selagi mana kita mengaktifkan Pakej Data daripada Data Standard sahaja)
🔴 *SHARE DATA SEASON PASS*
Setelah kita membeli sekampit beras. Oleh kerana kita adalah jiran yang baik hati. Makanya kita pun berkongsi 4kilo daripada 8kilo BERAS yang kita beli tadi dengan jiran sebelah rumah kita.
Setelah menerima 4kilo BERAS , Jiran kita tadi, belom boleh makan lagi. Kerana dia perlu memasak BERAS tersebut dahulu supaya ianya menjadi NASI yang boleh di makan. Dan terpulang jugalah kepada Jiran kita tu nak masak berapa gram/kilo beras dulu untuk dijadikan NASI

No comments:

Post a Comment