Panduan User

Status Akaun Anda

A




B



C



D

E



F
Didaftarkan:
Aktif:



Digantung:



Disekat:



Ditamatkan:

Didaftarkan:
Tiada Status:


Ditamatkan:
Kitaran akaun prabayar bermula disini.
Status bertukar menjadi AKTIF apabila telah memasukkan SIM kad ke dalam telefon dan panggilan pertama berjaya dibuat. *Top up hanya boleh dibuat selepas berjaya membuat panggilan pertama.


Status bertukar menjadi DIGANTUNG selepas tamat tempoh aktif. Didalam tempoh ini, panggilan keluar dan penghantaran SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan dan hanya boleh menerima panggilan serta SMS sahaja.

Status bertukar menjadi DISEKAT selepas 30 hari digantung. Didalam tempoh ini, panggilan keluar/masuk, penghantaran/penerimaan SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan sahaja.

Akaun prabayar DITAMATKAN selepas 30 hari disekat dan nombor telefon dilupuskan.

Kitaran akaun prabayar bermula disini.
Apabila tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan setelah akaun didaftarkan.

Akaun prabayar DITAMATKAN setelah gagal memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau gagal membuat sebarang panggilan berjawab selepas 30 hari akaun didaftarkan. Nombor telefon dilupuskan

Jadual 1 (jika tidak membuat sebarang top up didalam tempoh AKTIF 30 hari)

Picture

Jadual 2 (jika tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan selepas pendaftaran akaun)

Picture

Pertanyaan baki kredit

Anda boleh menyemak baki kredit dengan 3 cara:

1. USSD: Dail  *132#

2. SMS: Taip BAL dan hantar ke 22111

Picture

Picture

Top up akaun ONEXOX anda
Top up hanya boleh dilakukan selepas berjaya membuat panggilan pertama yang berjawab setelah selesai pendaftaran akaun prabayar anda.

Anda boleh membeli top up daripada mana-mana pengedar sah ONEXOX dan pusat-pusat jualan yang dilantik melalui:

a. E-recharge daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX.
b. Slip top up/kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
c. Top up menerusi portal Self Care

Top up akaun prabayar anda menerusi:

USSD
a. Top up akaun sendiri: dail  *132*1*<Pin kod 16-angka>#

b. Top upkan akaun teman anda: dail  *132*1*<Pin Kod 16-angka>*<nombor telefon>#
    Contoh: *132*1*<Pin Kod 16-angka>*010300XXXX#

SMS
Top up akaun sendiri: taip  REC<jarak>PR<jarak><Pin Kod 16-angka>  dan hantar ke 22111
............................................................................................................................................................

Tempoh sah yang panjang sehingga 368 hari!

Tempoh sah akaun anda akan terkumpul secara automatik setiap kali anda membuat top up; dan ianya boleh membawa sehingga 368 hari! Ini bermakna tempoh sah yang baru hanya akan bermula daripada tarikh luput tempoh sah top up yang dibuat sebelumnya. Ikhlas daripada kami tanpa caj-caj tersembunyi.
Picture

MNP: Lanjutan tempoh sah sehingga 28 bulan!

Tawaran ini diberikan istimewa buat semua pelanggan yang telah memindahkan nombor kesayangannya ke pelan ONEXOX. Tarikh luput tempoh sah akaun prabayar anda akan diubahsuai untuk dipanjangkan ke 28 bulan dalam tempoh 2 minggu selepas pengaktifan sim kad anda dibuat. Tiada apa-apa syarat dikenakan! Walau bagaimanapun, sekiranya tempoh sah masih juga tidak dipanjangkan selepas tempoh tersebut, sila hubungi khidmat pelanggan di talian 12273 untuk pengubahsuaian secara manual.

Kini anda tidak perlu risau lagi tentang tarikh luput kerana setiap ringgit top up yang anda buat selepas ini akan senantiasa memanjangkan lagi tempoh sah akaun anda!
..............................................................................................................................................................

Cara melanggan pelan internet mudah alih

PAKEJ:
1. Pelan 250Mb/1hari
2. Pelan 250Mb/7hari
3. Pelan 500Mb/30hari
4. Pelan 1Gb/30hari
5. Pelan 2Gb/30hari
6. Pelan 3Gb/30hari
7. Pelan 5Gb/30hari 
HARGA:
RM7
RM10
RM18
RM38
RM48
RM68
RM108
SMS:
1XDDAILY  dan hantar ke 22111
1XD250  dan hantar ke 22111
1XD500  dan hantar ke 22111
1XD1  dan hantar ke 22111
1XD2  dan hantar ke 22111
1XD3  dan hantar ke 22111
1XD5  dan hantar ke 22111


Menambah kuota data

Anda boleh menambahkuota data pada bila-bila masa semasa berada di dalam tempoh langganan sekiranya kuota data yang diperuntukkan tidak mencukupi.

1. Menambah sebanyak 100Mb data (RM5):
2. Menambah sebanyak 200Mb data (RM10):
3. Menambah sebanyak 300Mb data (RM15):
4. Menambah sebanyak 1Gb data (RM35):
SMS:
DATA<jarak>ADD<jarak>100  dan hantar ke 22111
DATA<jarak>ADD<jarak>200  dan hantar ke 22111
DATA<jarak>ADD<jarak>300  dan hantar ke 22111
DATA<jarak>ADD<jarak>1GB  dan hantar ke 22111

..........................................................................................................................

1800 SMS percuma

Pelanggan setia berpeluang mendapat kuota 150 SMS percuma setiap bulan selama 12 bulan!

Terma & syarat:
  • hanya ke talian ONEXOX ke ONEXOX dan XOX sahaja
  • kuota pertama diberi sebaik sahaja memasukkan SIM kad ke dalam telefon selepas pengaktifan langganan
  • kuota seterusnya diberikan pada awal setiap bulan
  • pastikan langganan anda aktif pada awal setiap bulan
  • kuota yang tidak habis akan dibawa ke bulan seterusnya
  • SMS percuma tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada apa jua bentuk
  • .........................................................................................................

Membuat panggilan dail terus antarabangsa dari Malaysia (IDD)

Dail:  00<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon> 

* Untuk mengetahui kadar panggilan IDD, sila rujuk DISINI


Perayauan Antarabangsa (International Roaming)

Terdapat 2 cara untuk membuat panggilan antarabangsa semasa berada diluar negara:

1. Kod Ringkas

Dail:  *136*<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon>#
Contoh:  *136*6010300XXXX#

2. Dail Terus

Dail:  +<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon>
Contoh:  +6010300XXXX

* 1. Sila hubungi 12273 untuk mengetahui kadar panggilan perayauan antarabangsa.
   2. Sila pastikan anda mempunyai RM15 baki kredit minima untuk membuat atau menerima panggilan semasa diperantauan.

No comments:

Post a Comment