Wednesday, May 4, 2016

Perjalanan Tour CEO OneXOX

Sekitar Perjalanan Tour CEO OneXOX di Centre-centre Area Distributor Seluruh Selangor/KL

1 - Sekarang kita ada “Data War” antara Telco-Telco, kebanyakan pengedar dan pengguna memohon agar diwujudkan ‘basic data’. Untuk makluman Onexox sedang dalam rangka kerja mengadakan langganan data sehingga 100GB dan plan data mempunyai VALIDITY mengikut tarikh expired kredit. Dan plan data tersebut boleh di SHARE kepada pengguna yang lain serta kita akan sediakan basic data dengan kelajuan 64Kbps.

2 - 7hb OneXOX & XOX akan melancarkan plan postpaid terbaru. CEO OneXOX kini juga telah diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai Head Of Postpaid & Prepaid Segment.

3 - Onexox akan membekalkan 10 unit rumah kepada asnaf yg tepilih sebagai satu langkah membantu mereka yang hidup di dalam kesusahan selaras dengan Matlamat Onexox untuk membantu ebih ramai orang dari semasa ke semasa.

4 - Altimet akan menjadi International Brand Ambassador XOX Sdn Bhd

5 - Azlan Typewriter & Onexox akan terus bekerjasama untuk mempromosikan Onexox ke Media Streaming.

6 - Selepas JDT, Selangor bakal menjadi Pasukan Bola Sepak kedua bekerjasama dengan Onexox
System Onesys yang baru dengan cara penggunaan yang lebih mudah terutama untuk pendaftaran agar memudahkan pengedar-pengedar melakukan pendaftaran pelanggan
Apps XOX yang sedia ada akan diupgrade dengan input Onexox dan lebih mesra pengguna.
Semua tajaan-tajaan dah ditutup untuk tahun ini.

Q : Kos untuk buat XOX apps di android berapa dan kalau boleh buat apps di windows phone?
A : 1 apps RM70K-RM80K dan kita tidak akan membuat apps untuk windows phone, dan kita juga dalam plan merangka apps khas untuk pengedar.

Q : Simkad JST adakah hanya untuk pengedar di bawah JST sahaja?
A : Semua pengedar boleh menjual simkad JST tetapi perlu menunggu simkad tersebut siap dahulu dan masih lagi dalam proses pembuatan.

Q : Adakah PPU ada atau tidak jika wujud basic data? Bagaimana dengan XOX Postpaid jika wujud Onexox Postpaid? Siapa yang layak menual XOX Postpaid?
A : Kita tidak mewujudkan PPU, hanya akan ada satu pelan sahaja iaitu Onexox Postpaid dan hanya Pengedar-Pengedar aktif sahaja yang akan layak menjual Postpaid Onexox.

Q : Tidak boleh menghantar SMS ke Njoi daripada Onexox.
A : Onexox masih tidak membuka lagi Premium SMS kerana ada beberapa perkara yng cuba kita elakkan antaranya pendedahan maklumat user-user bakal berlaku jika SMS Premium dibenarkan.

Q : Promosi data akan berlanjutan sehingga bila?
A : Sehingga kita maklumkan nanti

Q : Simkad berharga RM10 boleh atau tidak pengedar menaikkan harga?
A : Itu persetujuan antara pembeli dan pengedar dan buatlah akad jual beli yang sah

Q : Adakah akan terjadi switch-off line oleh Celcom kepada kita?
A : Celcom sangat-sangat baik dan tidak pernah lagi terminate mana-mana MVNO meskipun ada MVNO yang tidak membuat sales, dan kontrak antara Onexox dan Celcom sangat kuat.

Q : Company XOX adalah MVNO dan Onexox adalah subsisiaries, adakah Onexox juga MVNO?
A : Onexox juga adalah MVNO ibarat Maxis dan Hotlink dan Onexox juga ada Sevice Provider Name (SPN) sendiri dan terpapar di telefon anda.

Q : In future, Onexox ada plan nak buat broadband?
A : Bila wujudnya industry handphone dah boleh digunakan sebagai hotspot, insdustri broadband telah merudum dan kita tidak akan membuat broadband.

Q : Jika nak beli data yang baru perlu habiskan data yang lama terlebih dahulu.
A : Ya betul

Q : Perlu ke daftar syarikat
A : Perlu untuk memudahkan anda berniaga.

Q : Pelan data yang baru confirm jadi ke?
A : Kita dah start mulakan projek tersebut dan timeline ni akan bermula pada bulan 6

Q : Ramai peniaga subscribe Onexox, mereka tanya tentang roaming?
A : Kita memang ada roaming, di mana-mana negara xde masalah

Q : SKMM sangat strict dari segi pendaftaran?
A : Memang itu yang telah ditetapkan oleh SKMM dari sudut perundangan jadi kita mesti kena ikut.

Q : Bagaimana dengan Umobile Sim Power Pack yang lebih murah pada masa sekarang yang jauh lebih murah daripada rate DA Onexox?
A : Rate Umobile banyak yang tidak menentu dan perlu tengok kepada Terms and Condition yang ditetapkan dan coverage Umobile tidak meluas.

Q : Kenapa TT pada kadar yang rendah boleh bagi data percuma?
A : Simkad yang dipakai oleh TE adalah 2.5G bagaimana boleh dikatakan menggunakan prasarana 4G. TT mengejar ARPU untuk agar dia dapat mencapai ke tahap apungan pasaran saham pada tahun depan. They willing to lose.

Q : Ramai orang kita bila promote, Onexox ni boleh tahan lama ke?
A : dalam kitab mana dan hadis mana boleh membuatkan kita tahu apa yang berlaku di masa hadapan.  Syarikat kita boleh bertahan lama dan kita mempunyai kontrak yang sangat kuat. Ada atau tidak syarikat berstatus SDN BHD yang ditutup dalam sejarah Malaysia Merdeka sehingga sekarang. Kita dalam track yang sangat bagus, hubungan kita dengan Celcom pon semakin baik.

Q : Apa perbezaan XOX dan Onexox
A : Sekarang dah tiada perbezaan sebab Onexox adalah brand utama XOX, dan dealer-dealer XOX telah diserap ke dalam Onexox.

Q : Boleh tidak kalau flyers LCW diseragamkan untuk semua dealer2.
A : Memang akan jadi flyers seragam untuk semua dealer termasuk bunting, pakaian, booth dll. Kita akan menyeragamkan semua sekali selaras dengan syarikat yang semakin berkembang.

Q : Topup di ATM Machine
A : Buat masa ni memang xde, bank perlu suatu figure yang besar untuk meletakkan produk kita di dalam mesin mereka. Jadi kita sediakan alternative boleh topup melalui selfcare jika memerlukan topup online dan ada semua bank.

Q : Adakah XOX mempunyai roaming?
A : Kita ada roaming dan cas standard international. Alternatif yang lain kita boleh menggunakan voopee, divert no kita ke voopee jika ke luar negara. Bulan 7 kita akan upgrade voopee.

Q : Masalah mengajukan soalan dalam nada Bahasa yang tidak baik di soal jawab
A : InsyaAllah di soal dengan cara yang baik, maka akan dijawab juga dengan cara berhemah

Q : Ada tidak perancangan untuk jual topup kita di Giant?
A : Memang kita ada jual topup di Giant melalui mesin E-Pay. Begitu juga Tesco. Kita antara produk E-Pay yang ada hamper 12000 terminal seluruh Malaysia.

Q : Bila Annual Dinner Onexox?
A : InsyaAllah kita buat di Melbourne. Tiket beli sendiri. Sabar tuan-puan, Tahun ni ada kita akan buat bersama XOX.

Q : Wujud masalah bila nak daftarkan starter pack tetapi no terebut dah didaftarkan.
A : Kita ada no, lepas tu nak register xboleh sebab kadang-kadang dealer lain tersalah daftar dan buat laporan kepada DMT.

No comments:

Post a Comment