Saturday, April 16, 2016

Perjalanan Onexox makin mengorak langkah menuju puncak 2016

In Person with CEO ArieSham
15 April 2016
HQ Onexox

Perjalanan 2016
=============
XOX Bhd telah menghentikan semua produk prepaid traditional mereka dan kini hanya tinggal satu sahaja produk prepaid iaitu Onexox Prepaid
Subscribers boleh topup di mana-mana sahaja channel yang ada dan Dealer-Dealer akan menerima Insentif.

CEO menjawat jawatan sebagai Head Of Prepaid Segment XOX Bhd dan yang terbaru diberi tugasan untuk melaksanakan Postpaid dan perkara ini masih dalam proses "survey".

Semakin banyak Team Bolasepak yang berminat untuk bekerjasama dengan Onexox selepas Johor Southern Tigers.

Dato’ Lee Chong Wei adalah sebagai Brand Ambassador kepada Onexox.

Misi menjenamakan Onexox ke arah yang lebih besar

Kursus Motivasi kepada Dealer-Dealer akan diadakan dan disampaikan oleh saudara Amin Idris (Program Minda Jutawan).

Sesi Q&A
==========
Q : Sampai bila tempoh promosi topup RM10 dapat tempoh aktif 28 bulan
A : Belum ada keputusan yang jelas lagi atas beberapa faktor dan akan dimaklumkan pada masa akan datang

Q : Bagaimana dengan server2 topup program?
A : Sebelum ni XOX Bhd memberi margin percent yang tinggi sehingga 15%, dan dealer-dealer XOX memberi percent kepada server-server program, tetapi setelah Onexox menjaidi produk utama maka margin tersebut akan berkurangan dan mengikut percent sedia ada seperti Onexox, maka akan ramai server2 topup program yang tidak dapat diteruskan kerana hilang punca melainkan menerusi Onexox secara terus sahaja.

Q : Onesys ada link atau tidak dengan mana-mana system yang boleh mengesan kewujudan detail seseorang user tersebut.?
A : Semasa proses pendaftaran pelanggan, Dealer perlu melihat kad pengenalan fizikal seperti mengikut peraturan SKMM, Di dalam Onexox wujud suatu Team Khas yang memantau fraud registration dan kita akan terminate dealer2 yang dikesan sperti kejadian baru-baru ini.

Q : 1) Adakah penjualan simkad JST di Johor sahaja?
2) Sy dah pakai Onexox lama, macam mana nak dapat fetures JDT?
A: 1) Semua dealer boleh menjual simkad JST, tetapi buat permulaan ini simkad yang di order oleh JST tidak siap lagi sepenuhnya, semasa pelancaran yang lalu pun kita hanya mengedar sebanyak 1000 simkad di JST dan telah habis, kita beri keutamaan kepada JST dahulu namun begitu kita telah mengedarkan simkad JST kepada MD Johor untuk diedarkan tetapi dalam jumlah yang terhad iaitu 7000 keping sahaja setelah mendapat kebenaran daripada JST.
2) KIta masih mencari mekanisme yang terbaik untuk memberi peluang kepada pengguna-pengguna lama yang berasal daripada Johor untuk mendaat features tersebut

Q : 1) Bagaimana proses kad bank islam?
2) Boleh ke insentif bawah RM200 dimasukkan terus ke bank jika menggunakan Bank Islam?
A : 1) Ada beberapa proses yang perlu kita lalui, mekanisme pertama dan kedua telah lepas, mekanisme ketiga pula masih belum selesai menunggu kelulusan daripada pihak VISA dan insyaAllah kita akan dapat mengguna pakai Kad Debit Bank Islam pada bulan puasa.
2) Boleh nanti kita usahakan, 50 sen pon boleh masuk Bank.

Q : Ramai dealer hendak merembo di stadium larkin dan ada yang nak mendaftar di bawah JST
A : Tiada dealer yang boleh merembo di stadium larkin dan tidak dibernarkan kerana JST akan membuka booth khas di Stadium Larkin. Jika ingin menukar rangkaian kebawah rangkaian JST perlu meminta surat kebenaran daripada dealer yang mendaftarkan anda terlebih dahulu.

Q : Dimanakah boleh kita ambil kad debit nanti..?
A : Dimana-mana sahaja cawangan bank islam

Q : SMK Bandar Maharani coverage Celcom tidak kuat, ada tidak medium untuk melaporkan masalah tersebut.
A : Perlu melalui DMT dan kami akan cuba cari penyelesaian

Q: Maxis SP52 terlalu banyak untuk MNP
A : Dealer perlu berjemaah buat laporan di E-Aduan SKMM bagi pihak user untuk mempercepatkan proses sekurang-kurangnya 10 aduan baru SKMM akan bertindak.

Q : Line hilang tengah2 malam dalam bangunan besar
A : Berlaku kerana masalah capaian server internet celcom terutama di Gombak

Q : Activation 25 user dapat RM1 masih wujud atau tidak?
A : Sudah tidak ada lagi buat masa ini dan saya memohon maaf kepada semua kerana perkara ini tidak dimaklumkan dan InsyaAllah nanti kita akan mulakan balik program tersebut.

"Out There We Are One"

No comments:

Post a Comment