Saturday, January 30, 2016

Soal Jawab


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua .

Semenjak dua menjak ini pelbagai serangan serangan dari media sosial berlaku didalam page kita di Soal Jawab ONEXOX dan di SNTM. Dan juga pelbagai keraguan yg hadir dikalangan rakan niaga sendiri tentang laungan patuh syariah oleh kami .

Dan ianya mengundang pelbagai komen komen yg positif mahu pun negatif dan yg sedih nya ianya menjadi fitnah yg menjadi perbalahan diantara kita yg jelas bersaudara . Dan sebagai punca segala perbalahan saya mengambil tanggungjawab penuh sebagai peneraju ONEXOX SDN BHD . Ada yg menasihati agar kita hanya berdiam diri dan biarkan pekara ini berlalu sahaja tetapi saya mempunyai pendapat yg berbeza apabila fitnah yg hadir perlu diperjelaskan supaya ianya tidak menjadi fitnah yg lebih besar dan malangnya perdebatan tentang pekara ini mengundang dosa dosa yg sepatutnya dapat dihindarkan jika kita menjiwai peribadi muslim itu sendiri .

Saya rasa tak susah sangat utk mengetahui tentang ONEXOX SDN BHD kerana syarikat ini merupakan ANAK SYARIKAT kepada XOX BERHAD yg merupakan sebuah MVNO kpd CELCOM yg mmg sudah berada dipasaran sekian lama .

Jadi pekara yg dipertikaikan oleh SNTM ialah adanya trailing incentive yg berlaku yg dibayar mengikut jaringan perniagaan . Sebelum itu jika anda tidak faham tentang jaringan perniagaan secara mudahnya kita berniaga Jual simkad dan Topup ... untuk membesarkan perniagaan kita kita perlu ada banyak cawangan . Bergantung kepada kekuatan kewangan kepada peniaga , ianya adalah asas perniagaan telekomunikasi di MALAYSIA semenjak sekian lama .

Rangkaian perniagaan Telekomunikasi ini telah dikuasai oleh orang orang yg tertentu , sudah semestinya mereka mereka ini sudah bergelumang dgn industri ini cukup lama dan mempunyai rangkaian yg luas di seluruh negara , pendapatan mereka mereka ini mencecahi puluhan juta ringgit setiap bulan .

Adakah mereka mereka ini anda kenali ? Dan bukan untuk bersifat racist tetapi saya pasti majoriti golongan ini adalah bukan Melayu . Kita hormati mereka mereka ini kerana sudah bersusah payah membina rangkaian perniagaan mereka selama ini dan mmg mereka berhak diatas kejayaan yg di tempa mereka . Sebagai pendatang baru ONEXOX sudah semestinya tidak mampu untuk mengikuti jejak langkah Gergasi Gergasi Telco ini yg sudah mempunyai rakan rakan niaga esklusif yg mempunyai income jutaan ringgit setiap bulan , pasti nya kehadiran team kami ke premis premis mereka dipandang sinis kerana Jaringan ini akan bertanya BERAPA % Mau bagi saya ? Iklan ada banyak ka? Lu ada kasi wa signboard? Lu kena bagi activation per simkad 10 ringgit ? Lu kena jual wa simkad harga 5 ringgit ? Lu kena bagi wa holiday kalau achieve target dan mcm mcm lagi ...

Untuk pengetahuan itulah marketing bajet kpd telco telco sedia ada . Mereka membelanjakan hampir 45 juta ringgit utk tujuan pengiklanan setiap bulan . Ini cara yg paling mudah utk mendapat pelanggan ( Ni semua namanya acuan kapitalist ) Dan setiap kos kos pengiklanan ini akan diserapkan kepada harga jualan produk mereka . So siapa yg tanggung kos itu .. pelanggan kan ? Persoalannya adakah sebagai telco baru ONEXOX mampu menyaingi kuasa ini ? Sudah tentu tidak , Jadi kami berpendapat bahawa KOS KOS iklan dan Marketing ini perlu ada perubahan jika ONEXOX mahu bersaing dgn kuasa besar .

Sebgai jalan penyelesaian pantas dan mudah kami bersetuju utk tidak mengeluarkan kos kos ini langsung . So siapa yg akan menjadi iklan kpd kami ? siapa yg akan menjadi marketing arm kami ? dan sudah tentu mereka mereka ini akan menerima ganjaran dari usaha usaha mereka ini . Dan kesemua pangkat seperti Main Distributor ( Kuota 20 orang ) Area Distributor ( 300 org ) Active Super Dealer ( 20, 000 orang ) Dealer dan sub dealer unlimited numbers perlu dicapai melalui usaha dan bukannya kekuatan wang ringgit supaya agihan kekayaan ini dapat disempurnakan secara adil . Perbezaan ketara Antara ONEXOX dan telco lain hanya kepada pembayaran trailing incentive yg berlaku di petronas , 7 eleven dan semua pusat pusar penjualan topup kepda rakan niaga kami .. Di telco lain dealer mereka hanya menerima trailing incentive apabila pelanggan membuat tambah nilai di mana mana jaringan mereka ( Kedai kedai topup dan sebagainya ) Jadi dimanakan punca yg mengatakan ONEXOX ini MLM tuan ? Dan lebih malang saya terpaksa menjelaskan pekara ini berkali kali kerana kami ini tidak popular , tak masuk tv , takde menteri menteri yg sokong kami , kami hanya dilihat begitu daif di pasar pasar malam , di depan bank yg selalunya kene halau dgn majlis , berhujan berpanas , berusaha siang dan malam selama ini dan begitu mudah nya anda mengklasifikasikan kami MLM .

Alhamdulillah Kami kini sedang menuju angka 1 juta pelanggan ... bukan agen .. bukan dealer bukan seperti yg anda fikirkan .. mereka ini pelanggan yg membayar rm 10 ringgit utk simkad jalanan ini . Simkad yg 100 % di kuasai oleh bumiputera , yg diuruskan oleh bumiputera dimana KESILAPAN DI MATA ANDA DI SNTM HANYALAH sebab kami ini tidak beroperasi seperti TELCO lain . Ini belum lagi kita bincangkan tentang produk kami berbanding mereka yg jelas 50 % lebih murah bergantung kepada cara penggunaan lazim .

Dan topik kedua tentang laungan patuh syariah yg sering dilagukan oleh kami hanya tertumpu kepada rate panggilan dan product yg 100% telus dan tiada syarat syarat tersembunyi yg kebanyakannya ada didalam telco telco lain Sebagai contoh Charge PAY PER USE yg tidak boleh dijelaskan kepada pelanggan , kehilangan kredit kerana kebanjiran MOBILE CONTENT PROVIDER yg menjual produk produk sampah yg dicharge tanpa sedar , kelajuan data yg berubah rubah kerana ada terma dan syarat yg jelas menyebelahi pihak telco , tempoh sah yg sengaja diadakan dan macam macam lagi la kalau nak dihuraikan ...

Saya berpendapat perkataan patuh syariah ini perlu diperluaskan lagi dari segi pengistilahanya kerana saya pasti ramai diantara kita yg tidak faham apa itu patuh syariah bukan ?

Insyallah kepada yg mempunyai keraguan anda boleh dtg ke HQ kami di TROPICANA . Dan tak lama lagi akan ada announcement yg bakal menyelesaikan segla keraguan anda semua kepada ONEXOX . Terima kasih diatas teguran teguran yg saya terima terutama tentang syarat syarat patuh syariah dan Insyallah saya akan perbaiki sebaik mungkin . Sehingga kita berjumpa lagi insyallah

Ariesham

No comments:

Post a Comment